Info

7 Fenomena Alam yang Luar Biasa

Petir Abadi Di Venezuela

Petir Catatumbo yang misterius adalah sebuah fenomena alam yang unik di dunia.Terletak di muara sungai Catatumbo di Danau Maracaibo. Fenomena ini berupa awanpetir yang membentuk sebuah ”garis” kilat sepanjang 5 kilometer, setiap 140 – 160malam dalam setahun, selama 10 jam tiap malam, dan lebih dari 280 kali dalam 1 jamitu. Ini hampir bisa disebut ’badai permanen’. Petir ini mempunyai intensitas 400.000ampere dan terlihat hingga 400 km jauhnya. Menurut kajian, petir ini terjadi karena tumbukan angin yang berasal dari Pegunungan Andes. Petir ini juga dijadikan sebagainavigasi oleh para pelaut

Hujan Ikan Di Honduras

The Rain of Fishes (Hujan ikan) ada diceritakan dalam Cerita Rakyat Honduras.Namun, juga terjadi secara nyata di Departamento de Yoro, antara bulan Mei dan Julai.Saksi mengatakan bahawa fenomena ini bermula dengan awan gelap di langit, diikutidengan kilat, guntur, angin kencang dan hujan lebat selama 2 – 3 jam. Setelah hujanberhenti, ratusan ikan ditemukan hidup di tanah. Orang mengambil ikan – ikan ini danmemasaknya. Sejak 1998, Festival Hujan Ikan dirayakan setiap tahun di kota Yoro.

Kambing Yg Memanjat Di Marok0

Kambing yang memanjat pohon, hanya dapat ditemukan di Maroko. Kambing ini memanjat pohon kerana ingin memakan buah dari Pohon Argan, yang mirip dengan Buah Zaitun.

Hujan Merah Di Kerala

Dari 25 Julai sehingga 23 September 2001, hujan merah turun di selatan India, NegeriKerala. Tidak hanya merah, hujan warna kuning, hijau dan hitam juga dilaporkan terjadi.Kerajaan India menemukan bahwa hujan ini telah ”diwarnai” oleh spora dari alga, yangtersebar di udara. Kemudian, awal tahun 2006, Kerala pun menjadi perhatian dunia

Ombak Terpanjang Di Brazil

Dua kali dalam setahun, antara Februari dan Mac, air Lautan Atlantik bertumpuk diSungai Amazon, menciptakan gelombang ombak terpanjang di dunia. Fenomena inidisebabkan oleh arus Samudera Atantik yang memenuhi muara sungai, sehinggamenghasilkan ombak setinggi 12 kaki yang dapat berlangsung hingga lebih dari setengah jam

Pelangi Api Di Idaho

atmosfera yang dikenali dengan circumhorizon arc atau Fire Rainbow (pelangi api),akan muncul ketika matahari berada tinggi (lebih daripada 58 darjah diatas horizon).Cahaya matahari menembus lurus dan menyinari awan cirrus, sehingga menghasilkansemacam lempengan kristal segi enam dan membentuk efek prisma. Sehingga terlihatpelangi yang berbentuk seperti api.

Matahari Hitam DI Denmark

musim semi di Denmark, sekitar satu setengah jam sebelum senja, lebih dari 1 juta Sturnus Vulgaris (sejenis burung) berkumpul dari seluruh pelosok untuk bergabung dan membentuk suatu kumpulan yang luar biasa besar di udara. Hinnga membuat langit menjadi terasa gelap. Fenomena ini disebut Black Sun, dan dapat disaksikan di awal musim semi di barat Denmark.

Apa Itu Black Hole? (Lubang Hitam)

Kita tahu bahawa seluruh alam ini dipenuhi tenaga. Tenaga cahaya, haba, elektrik, elektromagnet sekadar menyebutkan beberapa contoh,bersimpang-siur di sekeliling kita. Di dalam diri kita juga tersimpan banyak tenaga dan malah merupakan satu penjana tenaga!Menurut kajian sains kimia dan minda,di dalam diri manusia tersimpan tenaga elektrik yang mampu menjana beribu-ribu watt!Di dalam diri manusia juga mampu menjana tenaga haba dengan sendirinya. Bagaimana ini boleh berlaku?

Beribu-ribu tahun dahulu,menurut kepercayaan kaum Elit dalam Freemason…terdapat satu peradaban agung yang bijak menggunakan tenaga dan memanipulasikan tenaga,di bumi ini.Menurut kepercayaan mereka lagi,di bumi terdapat poin-poin rahsia yang menjadi terminal pengumpulan tenaga-tenaga ini,sama seperti poin-poin teburan galian mineral.Taburan ‘pusat-pusat tenaga’ ini berselerakan di muka bumi dan mereka percaya,manusia-manusia sebelum mereka seperti Tamadun Mesir Purba,menggunakan rahsia poin tenaga ini bagi membangunkan tamadun mereka. Malah digunakan juga oleh makhluk-makhluk sebelum manusia!

Apakah Yang Dikatakan StarGate?

”Wahai sekalian jin dan manusia! Jika kamu sanggup melintasi semua penjuru langit dan bumi, maka lintasilah. Namun kamu tidaklah akan dapat melintasinya kalau tidak dengan kekuatan.” (Ar-Rahman ayat 33)

Menurut fahaman fiksyen sains dan filem-filem Hollywood,Stargate adalah portal yang boleh memendekkan perjalanan antara galaksi,planet atau bintang. Ia bertindak seolah-olah ‘wormhole’. Ada juga yang menggabungkannya dengan ‘time travel’. Namun Stargate lebih popular digunakan ke atas terma jarak dan terasing dari premis masa. Kadangkala Stargate ini digabungkan dengan kepercayaan pelbagai agama,terutamanya agama pagan Sumeria, Babilon dan Mesir Purba.Ini sudah tentu kerana agama menyembah syaitan dan nafsu Freemason mengambil silibus agama syaitan mereka dari ketiga-tiga kaum pagan ini.

Kajian sains kini mendapati alam semesta kita ini tidak statik,tetapi ‘bergerak’ atau ‘hidup’. Alam semesta ini ibarat satu ‘hidupan’ lain yang mempunyai nyawa. Hidupan lain yang di dalamnya juga terdapat makhluk-makhluk bernyawa yang lain.Nyawa di dalam nyawa. Kajian sains juga mendapati alam semesta ini ‘memecut’ dalam kelajuan yang lama-kelamaan akan mencapai ketidakseimbangan atau di luar kawalan. Apa yang dikatakan kiamat pasti akan terjadi atau istilah saintifiknya ‘The Big Freeze’. Dahulu kita selalu mengatakan apabila bumi akan musnah apabila dihempap meteor atau akibat perang nuklear,kita akan berpindah ke planet lain,selalunya Marikh dipilih dalam khayalan ini. Namun para saintis sukar untuk menyembunyikan bahawa ‘The Big Freeze’ ini rupa-rupanya melibatkan seluruh alam semesta yang bermula dari ‘The Big Bang’. Selepas menimbangkan pelbagai parameter,para saintis memikirkan bahawa kemungkinan untuk menyelamatkan manusia dari kemusnahan ini melalui cara ‘menyerap ke alam yang berselari’ (parallel universe)!

Di dalam mitologi Norse, Ragnarok iaitu ‘takdir para dewa-dewa’ (kisah ‘kiamat’ versi Norsemen) bermula apabila bumi terperangkap di dalam satu ruang beku seperti ragum yang menelan bumi tadi. Langit sendiri telah membeku sebagai akibat terkorbannya para dewa di dalam pertempuran dengan kuasa kejahatan berbentuk ular dan serigala.Kegelapan abadi menyelimuti tanah yang membeku itu di mana matahari dan bulan telah ditelan habis. Odin, bapa para dewa akhinya mati dan masa dengan sendirinya musnah.

Apakah perkaitan antara mitos orang Norse ini dengan apa yang akan berlaku?

Sejak kerja-kerja Edwin Hubble pada tahun 1920-an, para saintis telah pun tahu bahawa alam semesta ini mengembang, namun kebanyakannya percaya bahawa pengembangan menjadi perlahan selaras dengan usia alam ini. Pada tahun 1998, para astronomi di Makmal Nasional Lawrence Berkeley dan Universiti Nasional Australia telah membuat pengiraan kadar pengembangan melalui kajian berdozen letupan supernova yang dasyat di dalam galaksi-galaksi jauh yang mana mampu ‘meringankan’ seluruh alam semesta. Mereka harus tidak begitu mempercayai data-data mereka sendiri. Satu tenaga yang tidak diketahui telah memaksa galaksi berpecah,menyebabkan pengembangan alam semesta, memecut pantas.

Brian Schmidt iaitu salah seorang dari ketua saintis terbabit mengatakan bahawa semua ini seolah-olah tidak masuk akal walaupun mereka telah memeriksa semua data.Beliau keberatan untuk memberitahu oang ramai bahawa manusia akan menghadapi ‘pembunuhan beramai-ramai’!.

Ahli Fizik kembali mengkaji dan sedar bahawa suatu ‘tenaga gelap’ (dark energy) dari asal-usul yang tidak diketahui,seakan-akan sama dengan teori Kosmologi Konstan Einstein,telah bertindak sebagai daya anti-graviti.Pada masa yang sama,ruang kosong itu sendiri mengandungi cukup tenaga gelap ini untuk memusnahkan alam semesta.Lebih luas alam semesta mengembang,maka lebih banyak tenaga gelap ini akan membuatkan ia mengembang lebih pantas,membawa kepada mod pertumbuhan eksponen yang tidak terkawal.

Pada tahun 2003,keputusan yang menakjubkan telah disahkan oleh satelit WMAP(Wilkinson microwave anisotropy probe). Mengorbit berjuta-juta batu dari bumi,satelit ini mengandungi dua taleskop yang berupaya mengesan radiasi gelombang mikro yang mana menyelubungi alam semesta.Satelit ini telah memberikan kita gambaran alam semesta ketika masih menjadi ‘bayi’ kira-kira 380,000 tahun dahulu.

Satelit WMAP telah menyelesaikan (mengikut andaian saintis setakat ini) persoalan yang memakan masa lama untuk dijawab tentang usia alam semesta:ia berusia 13.7bilion tahun(termasuk ralat ketepatan).Lebih mengesankan,data menunjukkan bahawa tenaga gelap ini bukannya kebetulan atau muncul secara tiba-tiba,tetapi telah pun memenuhi 73 peratus dari bahan dan tenaga alam semesta.Bagi merumitkan lagi misteri,data menunjukkan 23 peratus dari alam semesta terdiri dari ‘bahan gelap’(dark matter),satu bentuk bahan yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera biasa namun masih mempunyai berat.

Hidrogen dan helium membentuk 4 peratus,ketika elemen-elemen lebih tinggi termasuk manusia dan bahan-bahan fizikal yang mampu disentuh oleh pancaindera kita hanya membentuk 0.03 peratus.Tenaga gelap dan kebanyakan bahan gelap tidak mengandungi atom-atom,yang mana bermakna bertentangan dengan apa yang dipercayai oleh pemikir Yunani Purba,dan diajar di kesemua kursus kimia moden bahawa,majoriti alam semesta terbuat dari atom-atom.

Dalam kes ini,ia berlaku sebaliknya,majoriti alam semesta bukan diperbuat dari atom!

Sebagaimana alam semesta mengembang,kandungan tenaganya tercair dan suhunya menuju ke arah hampir sifar,di mana atom-atom berhenti bergerak.Satu daripada hukum Fizik ialah Hukum Kedua Termodinamik yang mana menyatakan di mana setiap benda terlenyap,jumlah ‘entropi’ (kemusnahan) di dalam alam semesta akan meningkat.Ini bermakna besi berkarat,tubuh kita yang mengalami penuaan,tamadun-tamadun yang musnah,bintang yang kehausan bahan apinya dan alam semesta sendiri yang akan musnah,dan suhu akan jatuh secara seragam selari dengan semua kemusnahan ini,mendekati sifar.Ini bermakna setiap kemusnahan atau kematian manusia mahupun binatang menyumbang kepada proses ‘pembekuan alam semesta’.

Para saintis sekular dan pemikir Materialisme berpendapat walaupun termodinamik dan hujah kosmologi (ya,sudah pasti pandangan agama) mengatakan setiap kehidupan di alam ini akan menemui kematian,di sana masih ada pengecualian. Masih percaya dan berpandukan Hukum Evolusi Darwin yang sudah habis tarikh luput,mereka berpendapat apabila persekitaran berubah secara radikal,kehidupan mesti menyesuaikan diri,berpindah atau mati.

String Theory Dan Stargate

Walaupun konsep meninggalkan alam semesta ini untuk memasuki alam lain nampak gila,mereka percaya di sana tiada hukum Fizik yang melarang untuk memasuki ‘parallel universe’.Teori Relativity Am Einstein membenarkan kewujudan ‘wormhole’ atau jalan pintas untuk ke ‘parallel universe’,adakalanya dikenali sebagai Einstein-Rosen Bridges.Namun ia masih tidak diketahui sama ada pembetulan kuantum akan membuatkan perkara tersebut satu kemungkinan atau tidak.

Para Elit Illuminatus percaya,jika Lucifer gagal untuk menentang Eli (Allah,iaitu Tuhan yang mahu dikalahkan oleh Lucifer dan Antichrist) dan terjadi Kiamat (Endgame-’codename’ bagi berakhirnya tempoh Iblis menyesatkan anak Adam),maka mereka akan menyerap ke ‘parallel universe’ sebagaimana para Jin ketika turunnya Nabi Adam dan Siti Hawa ke Bumi.

walaupun sekali dipertimbangkan idea yang diluar pemikiran manusia,konsep ‘kepelbagaian-alam’ di mana alam kita wujud bersama-sama dengan ‘parallel universe’ yang tidak terkira banyaknya.Ini telah menarik perhatian ramai pengkaji dari pelbagai arah.Pertamanya teori yang konsisten dengan data-data WMAP ialah berkaitan dengan ‘Teori Pengembungan’ telah diajukan oleh Alan Guth,penyelidik dari MIT pada tahun 1979.Ia mencadangkan pengembangan ‘turbo-cas’ pada alam semesta pada permulaan masa.Teori Pengembungan Alam begitu kemas menerangkan beberapa ‘misteri degil’ termasuk kerataan dan keseragaman alam semesta.

Namun semenjak ahli Fizik masih tidak mengetahui apa yang menggerakkan proses ‘pengembungan alam semesta’ secara pantas,di sana masih meninggalkan peluang,ia akan terjadi sekali lagi,di dalam kitaran yang tiada berakhir.Ini adalah idea Andrei Linde dari Universiti Stanford,yang mana ‘ibu bapa’ alam semesta akan ‘melahirkan’ anak-anaknya.Ini sama lah seperti bebelon sabun yang membentuk 2 belon buih sabun yang kecil.

Namun apa yang menyebabkan ‘Big Bang’ dan memandu kepada pengembangan ini?

Soalan yang tidak pernah terjawab.Sejak persoalan Big Bang begitu menarik perhatian,saintis telah meninggalkan Teori Relativiti Am yang mana telah membentuk asas bagi semua kosmologi moden.Teori Relativiti Am Einstein telah musnah dalam Big Bang,dan tidak mampu menjawab persoalan teologi dan falsafah yang dibangkitkan berkaitan perkara ini.Untuk menyelesaikan perkara ini,kita mesti menggunakan Teori Kuantum iaitu satu lagi teori terhebat di abad ke-20 yang mana ‘mengetuai’ Fizik Atom.

Click Here

Apa yang kita kurang tahu,Teori Relaviti Einstein dan Teori Kuantum adalah berlawanan!

Kuantum menjelaskan dunia yang teramat kecil,dunia subatomik seperti elektron dan quark.Teori Relativiti pula berkisar dunia-dunia gergasi seperti persoalan ‘Black Hole’ dan ‘Big Bang’.Relativiti,walaubagaimanapun tidak mampu menceritakan tentang Big Bang berkenaan pengaruhnya pada dunia subatomik,padahal pengaruh Big Bang mesti diterangkan dari dunia subatomik.Barulah selepas itu kita tahu kesannya pada galaksi dan planet-planet.Di dalam hal ini,para saintis pening memikirkan bagaimana untuk mengaitkan kesan radiasi pada graviti sebagaimana kita mahu menghubungkan penerangan dari segi kuantum ke atas graviti.Cabaran paling besar dalam bidang Fizik ialah mencantumkan kesemua teori ini ke dalam satu teori tunggal.Teori tunggal yang mampu menjelaskan semua fenomena alam semesta;dari sekecil-kecilnya sehingga yang sebesar-besarnya.

Saintis Fizik kini berlumba-lumba membangunkan apa yang dinamakan ‘Teori Segalanya’ (Theory of Everything). Sebenarnya banyak cadangan telah diajukan sejak berdekad-dekad yang lepas,namun kesemuanya tidak tetap hujahnya atau tidak sempurna.Apa yang pasti,perkara yang memimpin semua ini,secara faktanya,adalah String Theory.

Anda boleh membaca tentang String Theory dalam siri The Matrix (Matrix07-Matrix08).

Asap mampu mengembang dan memenuhi ruang tanpa hilang ke dalam hiperuang,iaitu dimensi yang lebih tinggi,jika ia wujud sebenarnya ia lebih kecil dari atom-atom.Jika dimensi lebih tinggi lebih besar dari sebiji atom,kita pasti melihat atom-atom secara misteri teralih dan hilang ke dimensi lebih tinggi,di mana penglihatan kasar kita tidak melihatnya.

Jadi saintis berpendapat apa yang dinamakan DIMENSI LEBIH TINGGI sebenarnya lebih kecil dari sebutir atom!

Bayangkan dua keping kertas yang berselari,satu berwarna hitam dan satu berwarna putih.Jika seekor semut hidup di atas setiap keping kertas,masing-masing akan memikirkan kertas itu adalah seluruh alam semesta,tanpa mengetahui terdapat lagi alam lain berdekatan dengan mereka.Secara faktanya menerusi kes ini,alam lain itu tidak nampak atau halimunan,semut pada kertas putih tidak tahu ada semut lain yang duduk di atas ‘alam’ lain iaitu kertas hitam.Setiap ekor semut tadi hanya tahu dunianya sahaja tanpa mempedulikan kenyataan bahawa ada ‘alam’ lain hanya beberapa inci darinya.Samalah seperti alam semesta kita yang merupakan satu membran yang terapung di dalam 11 dimensi hiperuang,di mana kita tidak tahu ada ‘alam yang berselari’ berdekatan dengan kita!!

String Theory mendakwa ketika Big Bang,alam semesta ini yang asalnya satu,telah berpecah kepada berinfiniti ‘parallel universe’! Inilah permulaan kepada pencarian Stargate.

Bolehkah Black Hole (Seperti Stargate) Wujud Di Bumi?

 Kumpulan pakar fizik New Scientist dariRoyal Institute of Technology Sweden terdiri daripada Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki pada 2006 telah menemui satu penemuan menarik dan direkod dalam kertas kajian yang diterbitkan universiti itu. Mereka berjaya mencipta prototaip mesin yang mampu bertindak seperti black hole. Dalam eksperimen mereka, mesin itu dihidupkan dengan bantuan tenaga magnetik dan elektrik bagi menguji tahap radiasiHawking.Cermin diletakkan dalam mesin itu bagi menguji pantulan sejumlah cahaya yang akan dihalakan ke arah mesin itu.

Kesimpulan yang mereka buat ialah black hole boleh wujud di bumi berdasarkan penemuan iaitu, cahaya yang memasuki mesin itu tidak pernah memantul kembali, sebaliknya diserap terus. Satu-satunya komponen cahaya yang terpantul hanyalah kesan radiasi Hawking daripada sisa cahaya, dan bukan semua komponen dalam cahaya itu terpantul sepenuhnya. Mereka juga membuat kesimpulan bahawa penemuan itu sangat bertentangan dengan hukum pantulan dan tersasar daripada hukum alam semulajadi. Satu-satunya komponen yang boleh memantul ialah radiasi Hawking. (Terdapat beberapa komponen dalam cahaya seperti ultraviolet, haba, radiasi, ion positif, ion negatif dan sebagainya). *Cahaya hanya tidak akan terpantul jika dihalakan ke arah dinding atau objek yang diwarnakan hitam.Eksperimen itu tidak terhenti di situ, mereka kemudian memasuki fasa pengujian kedua iaitu menguji tahap graviti quantum mesin tersebut melalui percubaan untuk menyatukan teori quantum fizik yang pernah dibangunkan Einstein untuk dipadankan dengan teori mereka sendiri. Cahaya sekali lagi menjadi subjek untuk diuji.

“buku ini juga menjelaskan mengenai black hole tiruan (stargate) yang boleh dihasilkan di bumi”

 

Hasil pengujian itu, mereka kemudian membuat kesimpulan. Black hole yang berkemungkinan boleh wujud di bumi memiliki daya tarikan graviti yang sangat hebat, ia mampu bertindak seperti black hole yang ada di ruang angkasa lepas. Ia juga mampu menjadi medium untuk manusia mengembara merentas waktu. Pusat graviti dalam black hole itu mungkin mempunyai beberapa terowong masa. Itu hanya andaian mereka kerana yang terhasil itu bukan black hole sebenar, ia hanya proses terhasil yang menyerupai black hole. Di bumi, elemen yang paling rapat dengan black hole ialah vortice(vortex) yang mempunyai persamaan dengan sifat puting beliung (tenaga angin).

Puting beliung akan menyedut semua objek yang berhampiran dengannya sama seperti black hole, ia wujud disebabkan keadaan bertekanan rendah (suhu) di pusat kitaran udara bersuhu tinggi atau sederhana. Kita ambil sandaran ini, puting beliung (vortex) terhasil disebabkan wujudnya tekanan rendah di tengah-tengah kitaran udara bersuhu tinggi.Menurut Leonhardt dan Piwnicki, vortex seharusnya mempunyai sifat yang sama dengan kemampuan menyedut cahaya dan benda fizikal. Cahaya pula seperti diketahui menjadi alat untuk mengukur masa disebabkan sifatnya yang pantas bergerak. Kemampuan vortex memerangkap cahaya juga menjadi petunjuk kepada kemungkinan cahaya itu mengembara ke dimensi lain.

Jika vortex mampu berpusing (seperti puting beliung) dalam kiraan sama pantas seperti cahaya, maka ia mungkin mengandungi gas (udara) yang mampu memerangkap cahaya, ia mungkin gas yang mempunyai sifat graviti (tenaga), ia benar-benar memungkinkan black hole boleh terhasil di bumi.Jadi, jelas bahawa vortex memerlukan elemen tenaga untuk terhasil, manakala cahaya mampu mengembara dalam vortex dan kajian tersebut pula hanya menjelaskan dari segi logik, bukan secara ghaib. Untuk mengkaji hubungkait antara tenaga yang dihasilkan manusia dengan bukaan pintu gerbang ghaib, kita perlu kembali kepada aspek ghaib yang sukar dijelaskan dengan penjelasan saintifik.

Bagaimana pula kita mahu menjelaskan vortex (dalam bulatan) yang terhasil seperti asap ini? Mata terbahagi kepada dua mengikut kemampuan ia melihat. Satu jenis mata dinamakan mata zahir dan satu lagi dinamakan mata batin. Mata zahir adalah mata yang hanya mampu melihat bentuk fizikal secara nyata, manakala mata batin pula mampu melihat perkara-perkara ghaib seperti syaitan, iblis dan sebagainya.Mata pula hanya mampu melihat apabila dibantu dengan kehadiran cahaya. Maka, ia sudah tentu mempunyai kaitan dalam memperjelaskan cahaya yang terperangkap dalam black hole, dan juga cahaya yang terpantul iaitu yang tidak dapat diserap oleh black hole.

Kita perlu memahami ayat al-Quran untuk lebih memahami bahawa terowong stargate yang menjadi tempat keluar masuk jin serta syaitan itu sebenarnya wujud di bumi, mereka tidak datang dari angkasa lepas dengan UFO seperti sangkaan kebanyakan daripada kita. (Allah lebih mengetahui segala rahsia dalam al-Quran, manusia tidak pernah termampu untuk membongkar rahsia al-Quran kerana rahsia itu tetap menjadi milik Allah).

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari balasan Allah), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (dari Allah) (Quran, ar-Rahman: 33)

Ayat al-Quran jelas memberitahu bahawa jin tidak mampu menembus keluar dari kawasan langit dan bumi. Jin pula hanya berlegar dan mengembara di kawasan bumi sahaja, tidak menembus keluar dari bumi. Atau langit juga membawa pengertian yang lebih luas iaitu alam semesta yang juga mustahil untuk ditembusi.Maka teori dalam artikel sebelum ini bahawa UFO itu hanya keluar dari black hole yang terhasil di bumi, adalah munasabah dan boleh digunapakai. UFO yang didalangi jin dan syaitan itu tidak datang dari angkasa lepas, melainkan keluar dari pintu dunia ghaib yang terhasil di bumi.  Itu pun jika benar jin dan syaitan akan keluar bersama UFO di akhir zaman nanti. Alam ghaib itu pula wujud di bumi, bezanya hanya ia tidak dapat dilihat manusia menggunakan mata kasar. Segalanya hanya berlaku di bumi dan hanya Allah lebih mengetahui. Namun, apakah yang membuka pintu dimensi berlainan ini? Berbalik kepada kajian yang dilakukan Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki iaitu pintu dimensi dapat dibuka dengan bantuan tenaga yang mencukupi. Kita ambil pula pendekatan ghaib, dosa dan pahala terhasil daripada kesan penggunaan tenaga yang dimanfaatkan iaitu secara positif atau secara negatif. Ia walaupun berlainan sudut pandangan, masih tetap tertakluk kepada konsep penggunaan tenaga manusia yang dijana melalui perbuatan.

Tenaga Ritual: Janakuasa Pasif dan Aktif

Dalam artikel bahagian pertama bab ini menjelaskan mengenai fungsi piramid dan binaan-binaan berbucu yang mampu memanipulasi tenaga bagi menghasilkan vortex yang seterusnya bertindak seperti stargate, malah ia juga dibuktikan dengan eksperimen-eksperimen yang dibuat oleh pakar-pakar fizik.Namun apakah jenis sumber tenaga yang diperlukan sekiranya piramid dan binaan-binaan berbucu ini berfungsi secara mistik?

Maka, kita juga wajar mengambil pendekatan mistik dalam menjelaskan hal ini. Kami hanya sekadar menyampaikan pandangan peribadi yang dipadankan dengan kajian pengkaji dari barat dan ia tidak semestinya betul 100 peratus. Kita bukan mahu mengumpul puzzle dan mencantumkannya menjadi gambar yang jelas kerana hanya ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALA JAWAPAN. Mencantum puzzle untuk menjadikan ia sebagai satu gambaran jelas hanyalah satu amalan para pemikir objektif. Di sini, kita masih berserah kepada Allah kerana Dia lebih mengetahui segala yang terahsia di langit dan di bumi.

Kita ambil sandaran ketiga, keempat dan kelima (rujuk bab Tenaga Ritual Bahagian 1). Cuba fahami bahawa setiap perbuatan itu memerlukan tenaga untuk disempurnakan. Ia pula mungkin terdiri daripada hasil tenaga pasif atau tenaga aktif yang sama ada bersifat negatif atau positif.

Allah menjelaskan dalam al-Quran melalui surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8 bahawa setiap amalan itu akan dinilai walaupun sebesar zarah. Maka di sini, kita harus melihat kepada satu sandaran bahawa setiap perbuatan itu akan menghasilkan sama ada dosa atau pahala walaupun sekecil zarah. Maka, proses melakukan pahala atau dosa itu juga memerlukan tenaga.

Bersolat itu besar pahalanya, berjemaah pula lebih besar ganjaran pahalanya. Mengingati Allah dalam setiap keadaan juga mendatangkan pahala (sama ada ia berbentuk pahala kecil atau besar, hanya Allah yang menentukan). Bersolat adalah amalan yang boleh kita anggap sebagai amalan mengikut tertib (aktif) (hanya sekadar pendapat, mohon maaf jika pendapat ini silap) kerana memerlukan kita memenuhi segala syarat sah solat seperti wuduk, suci dari sebarang hadas, memenuhi rukun-rukun sah solat dan beserta niat, juga bacaan-bacaan surah al-Quran. Kita melakukannya dengan niat, kita melakukannya dengan fokus, kita melakukannya secara aktif, dengan mengaktifkan setiap perkara rukun yang diwajibkan untuk menyempurnakan solat. Ia adalah hasil tenaga aktif yang berbentuk positif.

Manakala, bersedekah dan menjaga kebersihan pula kita boleh anggap sebagai amalan murni tanpa melalui proses tertib (pasif) yang juga mendatangkan pahala hasil penggunaan tenaga secara positif. Kita tidak perlu tertib mengikut rukun sepertimana solat dan haji untuk menyempurnakan amalan bersedekah dan menjaga kebersihan, hanya cukup dengan berniat ikhlas kerana Allah.

Kita lihat pula contoh tenaga pasif bersifat negatif. Ia adalah keadaan berlawanan dengan tenaga pasif positif. Contohnya kita mencerca orang lain dalam keadaan spontan, berpandangan serong dan enggan mengalah walaupun ternyata melakukan kesalahan, ia mungkin dilakukan secara tanpa niat tapi sudah cukup menyebabkan orang lain berkecil hati dan menyebabkan kita menanggung dosa (Allah Yang Maha Adil lebih mengetahui perihal dosa dan pahala). Kita boleh anggap bahawa ia adalah tenaga negatif yang pasif kerana kita melakukannya tanpa disedari.

Demikian adalah keadaan-keadaan yang menghasilkan tenaga pasif. Kembali pula kepada persoalan, mengapa Dajjal dan para syaitan iblis mahu kita membuat dosa walaupun sekecil-kecil dosa? Di sini, kita boleh membuat andaian bahawa Dajjal dan para iblis mengharapkan dosa dan tenaga negatif daripada kita sebagai kekuatan bagi mereka. Ia juga akan menghasilkan tenaga yang akan dimanipulasi oleh binaan-binaan yang diwariskan Dajjal. Bangunan itu pula dibina dengan kaedah geometri dan kejuruteraan yang khusus melalui kepakaran yang dipunyai oleh Dajjal, kaedah geometri dan kejuruteraan ‘Dajjalism’ itu pula diwarisi oleh keturunan penyembahnya yang terus membina binaan yang mempunyai karekter yang sama dengan konsep ‘sacred geometry’ dan ‘sacred mathematics’. Bangunan-bangunan itu dibina dengan pengetahuan kejuruteraan mistik, maka ia juga mempunyai fungsi yang mistik, ia adalah elemen yang diperlukan bagi membolehkan penjanaan tenaga dilakukan. Kami tidak akan membuat pengiraan matematik atau geometri di sini, kami tidak mahu memeningkan anda semua. (insya-Allah, kita akan mendalami sacred sciencesacred geometri dan sacred mathematics dalam bab-bab akan datang).

Kami hanya mahu anda faham bagaimana tenaga pasif itu dihasilkan dan dijana bagi membuka vortex yang akhirnya memberi kemenangan kepada Dajjal. Kita sudah faham apa itu chakra (rujuk bab Mind Control). Namun, dalam masa yang sama juga, chakra adalah contoh asas kepada penjelasan cara tubuh manusia menghasilkan tenaga (disebut aura). Ia bukan sahaja terhasil daripada perbuatan, malah cara minda berfikir juga sudah cukup untuk menghasilkan tenaga. Maka sama jugalah jika kita memperoleh pahala dengan hanya mengingati Allah, ia adalah hasil penggunaan tenaga secara minimum dengan menggunakan minda.

OK, apa jenis tenaga yang dimahukan Dajjal? Apa yang Dajjal buat supaya kita menyumbang tenaga kepadanya? Dajjal mengongkong minda kita melalui projek masterpiece mass-mind control supaya kita tidak henti-henti melakukan perbuatan yang menyumbang tenaga kepadanya untuk membuka pintu vortex. Dajjal mengongkong homunculus (fungsi memori sistem otak), Dajjal juga mengongkong jasad kita. Dia mahu kita jadi ‘tikus generator’ dalam sistem yang diciptanya.

Tikus generator Menurut pakar kaji tenaga bernama Barbara BrennanHuman Energy Field (HEF) (juga disebut aura) dalam sistem chakra ialah kombinasi kompleks melibatkan corak tenaga spiritual, mental, emosi dan perbuatan fizikal seseorang individu. HEF juga adalah sebahagian daripada Universal Energy Field (UEF). HEF boleh diterjemahkan kepada tiga bentuk iaitu tenaga meridian, tujuh chakra dan tenaga tubuh. Setiap bentuk tersebut boleh dijana melalui teknik-teknik penjanaan secara terus (aktif) atau tidak terus (pasif). Chakra juga menurut Brennan, berfungsi sebagai janakuasa dalam menggerakkan tenaga dan dibebaskan sebagai aura (HEF) yang akan bercantum dengan UEF bagi menjadikan seseorang itu lebih sensitif terhadap persekitarannya.

Maka, jelas bahawa tenaga pasif manusia juga mempunyai hubung kait dengan penyatuan tenaga di peringkat universal. Ia akan bercantum dan menghasilkan tenaga yang lebih besar kuantitinya.Tenaga spiritual tubuh termasuk semua getaran yang melebihi kemampuan minda mengandungi maklumat yang turut akan dibebaskan menjadi sebahagian komponen vortex. Ia berkisar mengenai sentimen, kepercayaan, perasaan dan sebagainya yang akan membentuk komponen vortex tersendiri.Tambah Brennan lagi, setiap chakra mempunyai empat tenaga vortice (sebelum bertukar menjadi vortex) yang mana aura yang dihasilkan itu akan berpusing ke atas dan ke bawah (di luar tubuh manusia) setiap kali dijanakan. Tekanan ke atas akan menghasilkan ‘vortex bukaan’ dan tekanan ke bawah pula menghasilkan ‘vortex tutup’ bagi meningkatkan koordinasi tenaga tubuh manusia.

Magnetic field disekeliling black hole. Gambar : NASA

Kes ini sama seperti kewujudan piramid normal (bucu di atas) dan piramid terbalik (bucu di bawah) yang turut berfungsi sebagai alat menjana kekuatan ‘membuka’ dan ‘menutup’ vortex. Ringkasnya, piramid normal akan membuka vortex dan piramid terbaik akan menutup vortex selepas dibuka. Malah, kes ini juga sama dengan pentagram normal dan pentagram terbalik yang berfungsi sebagai medium amalan sihir di kalangan penganut agama Wicca. Fungsi piramid terbalik tetap sama seperti piramid normal yang mampu memanipulasi tenaga, ia adalah disebabkan bentuknya yang membolehkan ia bertindak sedemikian.

Namun ia masih perlu memenuhi ‘sacred geometry’ dengan menepati setiap nisbah kiraan mistik bagi membolehkan ia bertindak sedemikian, namun bangunan-bangunan moden di seluruh dunia hari ini kebanyakannya dibina oleh kepakaran kejuruteraan dari Barat yang sudah pasti mempunyai kiraan berunsur mistik sekiranya jurutera Barat itu menganut fahaman kejuruteraan Mason. Nampak? Dalam kes piramid terbalik, bezanya hanyalah arah tenaga itu

Rahsia Misi Dajjal Dan Freemason Di Timur Tengah

rahsia dajjal dan freemason

Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.

Benarkah Dajjal Perlukan Wang?

Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …

“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”

Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam

Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal

Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.

Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?

Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.

Benarkah begitu?

Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.

Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.

Misi Sebenar Dajjal

Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW

Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.

“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”

(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”

(Riwayat Bukhari)

Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.

Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.

Misi sebenar Dajjal ialah ….

“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”

Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.

Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.

Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-individu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.

Teori Tentang Strategi Dajjal

Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.

Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….

Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.

Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut:

#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran

Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah – maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.

“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)

Kaitannya dengan Iraq dan Iran, – Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.

Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.

Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.

Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.

Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.

Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah.

Apakah keistimewaan Mujahidin?

Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.

Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.

Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.

Pernahkah kita terfikir?

Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.

Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.

Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.

Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.

Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?

Adakah ianya kebetulan?

#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim

“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”

(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)

Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:

“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”

Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.

Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.

Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.

Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

Kesimpulannya

Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.

Imam Mahdi adalah khalifah yang akan mengetuai tentera fisabilillah yang akan muncul dari timur….

Wallahu’alam.

Dicatat oleh Tentera Fisabilillah

Teknologi Yang Mungkin Diaplikasikan Daripada UFO

Piring terbang UFO adalah di antara propaganda yang diadakan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Mereka mengatakan bahawa UFO merupakan alien dari planet lain. Sedangkan sebenarnya piring-piring terbang yang biasa ditemui di seluruh dunia itu adalah hak milik mereka sendiri.

Mereka telah mengaburi pandangan mata masyarakat dunia melalui filem-filem Hollywood dan berita-berita di media massa utama bagi menutupi fakta sebenar. Agenda UFO ini juga merupakan salah satu agenda untuk menguasai dunia melalui projek New World Order.

Berikut ini adalah beberapa teknologi antigraviti yang mungkin digunakan oleh mereka untuk mencipta piring terbang yang biasanya dikenali sebagai UFO (Unidentified Flying Object).

Searl Effect Large-Scale Antigravity

1) http://www.youtube.com/watch?v=xSvOX0gzZxQ&feature=player_embedded

2) http://www.youtube.com/watch?v=-PPvrrQIvFE&feature=player_embedded

Imej² di atas dirakam oleh BBC News sekitar tahun 1960an

John Searl (John Roy Robert Searl)

John Searl (John Roy Robert Searl)

Salah seorang yang paling terkenal dalam bidang antigraviti ialah John Searl (John Roy Robert Searl) yang juga digelar sebagai ‘Bapa antigraviti moden’. Beliau telah mencipta sebuah alat yang diberi nama Searl Effect Generator (SEG).

John Searl telah lahir pada 2 Mei 1932 di Wantage, Oxfordshire, England.  Beliau mendakwa antara tahun 1946 dan 1956 beliau telahpun merekabentuk dan membina sebuah generator elektrik daripada jenis gerakan sistem berterusan terbuka yang dikenali sebagai Searl Effect Generator (SEG).

Beliau juga mendakwa telah membina sebuah mesin terbang yang didasari pada kesan anti-graviti yang beliau berikan namanya sebagai Inverse-G-Vehicle (IGV)

Di bawah ini adalah sebahagian video ceramahnya di IFNE Conference di Denver pada tahun 1994.

1) http://www.dailymotion.com/video/x6yqts_the-searl-effect-large-scale-antigr_news

2) http://www.searlsolution.com/index.html – Website John Searl

Hutchison Effect Antigravity

Sepertimana yang pernah diperjelaskan oleh John Hutchison, ‘Hutchison effect’ terjadi akibat daripada respons terhadap ketetapan ruangan waktu tertentu yang relatif dan berdaya rendah terhadap tenaga elektromagnetik. Paparan yang dihasilkan daripada kekuatan yang tidak normal boleh dinyatakan dalam pelbagai cara. Salah satu kesan ketaranya adalah melaui daya pengapungan (levitation) benda berat.

Pada tahun 1979, Hutchison mendakwa telah menemui sejumlah fenomena yang luar biasa ketika cuba untuk menduplikasi percubaan yang dilakukan oleh Nikola Tesla. Beliau merujuk kepada beberapa fenomena ini bersama-sama dengan nama “Hutchison Effect”, termasuk pengapungan objek berat, gabungan bahan berbeza seperti logam dan kayu, logam retak spontan, kehilangan sampel logam dan beberapa lagi.

Menurut Hutchison dan Kolonel John Alexander, saintis bahagian ketenteraan dari Amerika Syarikat telah bekerjasama dengannya bagi menjayakan projek berkenaan kerana ‘effect’ itu mempunyai potensi besar pada bahagian ketenteraan Amerika Syarikat.

Website John Hutchison di http://www.hutchisoneffect.ca/

Dan beberapa teknologi antigraviti lagi seperti De Aquino’s ELF (Extra Low Frequency) anti gravity, Mercury Plasma antigravity, Magnetic levitation (Gertsenshtein Effect antigravity) dan Einstein’s UFT (Unified Field Theory) Antigravity.

Teknologi-teknologi yang asalnya bertujuan untuk kebaikan yang dicetuskan oleh mereka-mereka yang berkemampuan mencipta teknologi seperti di atas tetapi kemudiannya telah diambil alih oleh pihak-pihak tertentu bagi kepentingan peribadi mereka.

Penciptaan piring-piring terbang ini dikaitkan juga dengan NAZI di zaman Adolf Hitler dulu lagi, yang mana dikatakan saintis NAZI di Jerman lah yang mula-mula sekali mereka cipta piring-piring terbang UFO. Alat itu juga digelar sebagai ‘Nazi Bell‘ dan mereka mengkajinya daripada Einstein’s UFT (Unified Field Theory) iaitu sebuah teori daripada saintis paling terkenal iaitu Albert Einstein.

‘Nazi Bell’ itu dikatakan lebih rahsia daripada projek Nuklear NAZI.  Nick Cook yang terkenal melalui novel ‘best selling’-nya iaitu The Hunt for Zero Point ketika membuat kajian telah mendapati bahawa sedikit maklumat tentang rekabentuk tertentu atau aplikasi alat Bell Nazi itu sebenarnya adalah sumber-sumber yang menunjukkan bahawa teknologi itu berkemampuan untuk mencipta pelbagai kesan yang mengejutkan pada objek di sisinya. Ia juga telah dispekulasikan bahawa alat Bell itu sebenarnya direka bentuk untuk digunakan bersama komponen ‘counter-rotating’ berkelajuan tinggi yang diisi bersama bahan khusus dan dijana dengan tenaga elektromagnetik untuk menginduksi kesan “torsion” dan bagi mengawal kesan graviti dan beberapa lagi aspek penting yang lainnya.

Yang hanya kelihatan sekarang adalah pelbagai teknik alternatif lain bagi tujuan mencipta piring terbang dan salah satu daripada apa yang telah dipaparkan di atas berkemungkinan besar adalah salah satu daripadanya atau mungkin juga mereka telah menggabungkan kesemua teknologi itu.  Wallahu a’lam …….

Teknologi Umat Silam Melangkaui Zaman

Dua epik India kuno berbahasa Sanskrit (Mahabarata dan Rama) membuatkan kita tertanya-tanya akan kebenarannya yang hingga kini masih menjadi peristiwa misteri bagi seluruh dunia.

Menurut ahli arkeologi zaman sekarang, di kota kuno Mohenjodaro (Pakistan) banyak ditemui rangka-rangka manusia yang berserakan, banyak petunjuk menandakan seolah mereka dilanda sebuah malapetaka yang sangat dahsyat secara tiba-tiba. Di kota itulah kisah epik peperangan Ramayana yang bersumber manuskrip-manuskrip ditemukan.

Mayat Bergelimpangan Di Kota Kuno Mohenjodaro Mengandung Radioaktif

 

Pada rangka-rangka itu terdapat sisa-sisa radioaktif yang tinggi. Begitu pula yang terjadi di kota kuno Kurusetra dan Harappa, kedua kota itu meninggalkan kesan radioaktif yang sama halnya terjadi seperti di Hiroshima dan Nagasaki. Banyak spekulasi menyatakan mengenai kemunculan peristiwa ini, diantaranya ada sebuah spekulasi baru dengan berani menyebutkan bahawa perang Mahabarata adalah merupakan perang NUKLEAR!!

Pada epik Mahabarata, perang Bharatayudha dibahagian pertama diterjemahkan seperti berikut ini:

“Arjuna yang gagah berani, duduk di dalam Vimana* dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa* yang sekali tembak dapat menghanguskan seluruh wilayah musuh. Seperti hujan lebat yang kencang, mengepung musuh dengan kekuatannya yang sangat dahsyat.”

“Dalam sekejap mata, sebuah bayangan yang tebal dengan cepat terbentuk diatas wilayah Pandawa; angkasa menjadi gelap gulita, semua kompas yang ada dalam kegelapan menjadi tidak berfungsi, kemudian badai angin yang dahsyat mulai bertiup disertai dengan debu pasir, burung-burung menjadi panik, seolah-olah langit runtuh, dan bumi merekah.”

“Matahari seakan bergoyang di angkasa, panas membara mengerikan yang dilepaskan senjata ini membuat bumi bergoncang, gunung bergoyang di kawasan darat yang luas, binatang mati terbakar dan berubah bentuk, air sungai kering kerontang, ikan, udang dan lain-lain semuanya mati.”

“Saat Gendewa meledak, suaranya bagaikan halilintar, membuat pasukan musuh terbakar bagaikan batang pohon yang terbakar hangus.”

Gambaran pada Ramayana yang dinyatakan sebagai berikut :

“Pasukan Alengka menaiki kenderaan yang laju, meluncurkan sebuah rudal (mungkin sejenis peluru berpandu) yang ditujukan ke kota musuh. Rudal ini seperti mempunyai segenap kekuatan alam semesta, terangnya seperti terang puluhan matahari, kembang api bertebaran naik ke angkasa, sangat indah.”

“Mayat terbakar sehingga tidak mampu dibezakan lagi. rambut dan kuku terbakar mengelupas, perkakas tanah liat retak, burung-burung yang berterbangan dibakar oleh suhu tinggi. Demi untuk menghindari kematian, para pasukan terjun ke sungai membersihkan diri dan senjatanya.”

PENELITIAN PARA AHLI ARKEOLOGI

Sebelum 4000 tahun SM, kita telah mengelaskan ia sebagai zaman pra sejarah manakala peradaban Sumeria dianggap sebagai peradaban tertua didunia. Selama ini terdapat berbagai perbincangan, teori dan penyelidikan mengenai kemungkinan bahawa dunia pernah mencapai sebuah peradaban yang maju sebelum tahun 4000 SM.

Teori Atlantis, Lemuria dan kini diperkukuhkan lagi dengan bukti bertulis melalui percakapan Plato tentang sebuah perbualan Solon dan pendeta Mesir kuno mengenai Atlantis. Naskah kuno Hinduisme mengenai Ramayana & Bharatayudha. Dinasti Rama kuno, bukti arkeologi mengenai peradaban Monhenjo-Daroo, Easter Island dan Piramid Mesir mahupun Amerika Selatan.

Perhatian tertumpu kepada sebuah teori mengenai kemungkinan manusia pernah memasuki zaman nuklear lebih dari 6000 tahun yang lalu. Peradaban Atlantis di barat, dan dinasti Rama di Timur dianggarkan berkembang dan mengalami saat keemasan di antara tahun 30000 SM sehingga 15000 SM.

Wilayah Atlantis bermula dari lautan Mediteranian hingga ke Pergunungan Andes di seberang Lautan Atlantis manakala Dinasti Rama berkuasa di bahagian Utara India-Pakistan-Tibet hinggalah ke Asia Tengah.

Peninggalan Prasasti di Indus, Mohenjo Daroo dan Easter Island (Pasifik Selatan) sehingga kini masih belum dapat diterjemahkan dan para ahli arkeologi menjangkakan peradaban itu adalah jauh lebih tua dari peradaban tertua yang selama ini diyakini oleh semua manusia (4000 BC).

Beberapa naskah Wedha dan Jain yang diantara lain menceritakan mengenai Ramayana dan Mahabharata, ini ternyata memuatkan bukti sejarah mahupun gambaran teknologi dari Dinasti Rama yang diyakini pernah mengalami zaman keemasan dengan memiliki tujuh kota utama ‘Seven Rishi City’ yang salah satunya adalah Mohenjo Daroo (Pakistan Utara).

Penulis mengulangi, di dalam suatu babak kitab Mahabarata ada mengesahkan bahawa Arjuna dengan gagah berani duduk dalam Weimana (sebuah benda menyerupai kapal terbang) dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa, semacam senjata yang menyerupai rudal/roket yang dapat menimbulkan musibah sekaligus melepaskan nyalaan api yang terang di atas wilayah musuh, lalu bumi bergegar, asap tebal naik tinggi diawanan, dalam beberapa ketika akibat kekuatan ledakan senjata itu maka ia telah menghancurkan dan menghanguskan semua benda serta objek yang ada disitu.

Sehingga kini jawapan yang masih belum ditemukan, senjata apakah yang sebenarnya digunakan oleh Arjuna dengan Weimana-nya itu?

Hasil kajian dan penelitian yang dilakukan di tepi Sungai Gangga, india. Para arkeologi menemukan banyak sekali sisa-sisa dan puing-puing yang telah bertukar menjadi batuan hangus di atas hulu sungai. Batuan yang besar pada runtuhan ini dilekatkan menjadi satu, permukaannya menonjol dan cengkung tidak merata. Jika ingin meleburkan batuan tersebut, suhu yang paling rendah diperlukan adalah sekitar 1800 darjah celsius. Bara api yang biasa tidak mampu mencapai suhu seperti ini, hanya pada ledakan nuklear sahaja yang mampu mencapai suhu sedemikian.

Di dalam hutan primitif di sekitar pendalaman India, kebanyakan ahli arkeologi telah menjumpai lebih banyak runtuhan batu hangus. Tembok kota yang runtuh membentuk hablur seperti kristal, licin berkaca, lapisan luar perabot rumah yang terbuat dari batuan di dalam bangunan juga kelihatan seolah-olah seperti kaca. Selain di India, Babilon kuno, gurun sahara, dan guru Gobi di Mongolia juga telah menemukan runtuhan perang nuklear prasejarah. Batu kaca pada runtuhan semuanya sama persis dengan batu kaca pada kawasan ujian senjata nuklear.

Gambaran suasana selepas serangan nuklear seperti padang jarak padang terkukur

Daripada pelbagai sumber yang diperolehi, secara peribadinya penulis dapat gambarkan mengenai pelbagai teori dan penelitian mengenai subjek ini dan telah memberikan beberapa bahan kajian yang menarik. Antara lain adalah :

  • Atlantis dan Dinasti Rama pernah mengalami saat keemasan (Golden Age) sekitar tahun 30000-15000 BC.
  • Keduanya telah menguasai teknologi nuklear.

Vimana
  • Keduanya telah memiliki teknologi persenjataan dan aeronautikal yang canggih dengan memiliki pesawat yang berkemampuan dan berbentuk seperti UFO (berdasarkan beberapa catatan) yang disebut di dalam Vimana (Rama) dan Valakri (Atlantis).

Gambaran sebahagian Kota Atlantis yang berpiramid
  • Penduduk Atlantis memiliki sifat agresif dan dipimpin oleh para pendeta (enlighten priests), bersesuaian dengan naskah Plato.
  • Dinasti Rama memiliki tujuh kota besar (Seven Rishi’s City) dengan ibukota Ayodhya dimana salah satu kotanya yang dapat ditemui sehingga kini adalah Mohenjo-Daro.
  • Persaingan dari kedua peradaban tersebut mencapai puncaknya dengan kemusnahan dala menggunakan senjata nuklear.
  • Ahli Arkeologi berjaya menemukan puing-puing mahupun sisa-sisa tengkorak manusia di Mohenjo-Daro yang mengandungi kandungan radio-aktif yang hanya terdapat apabila terhasilnya ledakan Thermonuklear skala besar.
  • Dalam sebuah epik mengenai Mahabharata, menceritakan dengan kiasan sebuah senjata penghancur missal yang kesannya menyerupai kemusnahan senjata nuklear pada masa kini.
  • Beberapa Seloka dalam kitab Wedha dan Jain secara terang dan lengkap menggambarkan bentuk dari ‘peralatan terbang’ yang disebut ‘Vimana’ yang ciri-cirinya mirip piring terbang masa kini.

Kesimpulananya segala penyelidikan yang dilakukan menyatakan bahawa umat manusia pernah maju dalam peradaban Atlantis dan Rama. Bahkan jauh sebelum 4000SM manusia pernah memasuki abad antariksa dan teknologi nuklear. Akan tetapi zaman keemasan tersebut berakhir akibat perang nuklear yang dahsyat hingga pada masa sesudahnya, manusia sempat kembali ke zaman primitif sehingga munculnya peradaban Sumeria sekitar 4000 SM atau 6000 tahun yang lalu.

Loji Nuklear yang Berusia 2 juta Tahun di Oklo, Republik Gabon

Diperkatakan Bekas Tapak Logi Nuklear Purba

Pada tahun 1972 terdapat sebuah penemuan luar biasa yang akan memperkukuhkan lagi kajian wujudnya peradaban masa lalu yang telah melalui era pengunaan nuklear dengan penemuan loji Reaktor Nuklear yang berusia dua juta tahun di Oklo sekitar Republik Gabon. Pada tahun yang sama sebuah perusahaan (Perancis) yang mengimport bahan uranium dari Oklo di Republik Gabon, Afrika untuk diproses. Mereka terkejut dengan penemuan bahawa bahan uranium yang diimport ternyata sudah diproses dan digunakan sebelum ini serta kandungan uraniumnya dengan bahan buangan reaktor nuklear hampir sama. Penemuan ini berhasil menarik para ilmuwan untuk datang ke Oklo bagi suatu penelitian, dari hasil kajian menunjukkan adanya sebuah reaktor nuklear berskala besar pada masa prasejarah, dengan kapasiti kurang lebih 500 ton bahan uranium di enam wilayah, dijangkakan ia dapat menghasilkan tenaga sebesar 100 ribu watt. Loji nuklear tersebut terpelihara dengan baik, dengan lay-out yang masuk akal, dan telah beroperasi selama 500 ribu tahun lamanya.

Kejutan demi kejutan ditemui dan yang paling mengejutkan apabila sisa buangan reactor nuklear yang dibuang tidak tersebar luas, kesan radioa aktifnya lebih kurang sekitar 40 meter dari kawasan buangan sisa nuklear, jika kita lihat teknologi pemusnahan sisa reactor nuklear ini jauh lebih hebat berbanding sekarang dan ketika ini kita sibuk membincangkan menangani isu pembuangan sisa nuklear . Ternyata mereka telah maju dan lebih maju dari kita dalam teknologi nuklear dan mengatasi sisa pembuangan loji reactor nuclear . Mereka memanfaatkan alam sekitar dengan sebaik mungkin tanpa berlaku pencemaran dari sisa nuklear yang telah digunakan.

Loji uranium di Oklo telah pun dibangunkan kira-kira dua juta tahun yang lalu, setelah terdapat bukti dari pada data geologi reactor nuklear kemudian telah pun dibangunkan. Hasil kajian para pengkaji mereka sebulat suara mengakui bahawa ini adalah sebuah reactor nuclear kuno, yang akan mengubah cara pengunaan bahan nuklear selama ini, secara tidak langsung ia telah pun memberikan kita cara bagaimana untuk mengatasi sisa pembuangan nuklear. Ia juga telah menghambat para ilmuan untuk lebih serius dalam mempelajari peradaban prasejarah, dengan kata lain sejak zaman pra sejarah mereka telah maju didalam pembangunan dan teknologi nuclear.

Seperti yang kita sedia maklum, penguasaan teknologi atom oleh manusia selepas zaman pra sejarah masih lagi baru, ianya sekitar beberapa puluh tahun yang lalu. Tetepi dengan adanya penemuan ini fakta itu tidak tetap dan sekaligus menerangkan bahwa pada dua juta tahun yang lampau manusia sudah pun memiliki sebuah teknologi yang peradabannya melebihi kita kini, serta lebih maju di dalam cara penggunaan dan pengolahannya. Hal yang patut membuat kita merenung sedalam-dalamnya ialah mengapa manusia zaman prasejarah yang memiliki sebuah teknologi maju tidak dapat mewariskan teknologinya, malah hilang tanpa sebab, yang tinggal hanyalah sedikit kesan lalu. Maka bagaimanakah kita harus meniliti kesemua penemuan ini?

Permulaan sebelum dua juta tahun yang lalu hingga satu juta tahun dari peradaban manusia sekarang ini telah terdapat peradaban manusia. Dalam masa-masa yang sangat lama ini terdapat berapa banyak peradaban yang menuju ke binasaan?. Jika kita abaikan terhadap semua peninggalan-peninggalan peradaban prasejarah ini, sudah tentu kita tidak akan mempelajarinya secara mendalam, apalagi menelusuri bahawa mengapa tidak ada kesinambungannya, lebih-lebih lagi untuk mengetahui penyebab dari musnahnya sebuah peradaban itu dan apakah perkembangan dari ilmu pengetahuan dan teknologi kita sekarang akan mengulangi kemusnahan beberapa peradaban yang lalu?. Betulkah penemuan ini, serta mengapa penemuan-penemuan peradaban prasejarah ini dengan teknologi manusia masa kini hampir serupa dan mungkin mereka lebih maju dari pada kita? Semua masalah ini patut kita renungkan sedalam-dalamnya.

Gambaran Kemusnahan Atlantis

Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:

Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.

|Qs.Al-An’am: 6|

Sebenarnya masih banyak lagi misteri-misteri menyelubungi kita yang tersimpan di perut bumi dan lautan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang terkandung di langit dan di bumi. InsyaAllah, semua tanda-tanda kebesaran-Nya yang telah disebutkan dalam Al-Quran akan terungkai jua.

Komentar
  1. kiki berkata:

    dapet dari mana itu infonya?

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s