Arsip untuk Juli, 2012

Misteri Serigala Jadian

Posted: Juli 31, 2012 in Info

Pada tahun 1573, seorang lelaki Perancis yang bernama Gilles Garnier telah dibakar hidup-hidup selepas lebih daripada 50 orang saksi melihat beliau sedang mengoyak badan seorang kanak-kanak dan memakan dagingnya.

Garnier mengakui bahawa dia telahpun membunuh dan memakan daging lebih daripada empat orang kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana mendakwa beliau adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperolehi keupayaan untuk bertukar daripada manusia menjadi serigala jadian selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.

Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.

Gambar Sebagai Hiasan

Kira-kira 31 tahun kemudian, kes yang hampir sama kembali berulang di Perancis. Seorang remaja yang bernama Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.

Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.

Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes yang sama telah dilaporkan terjadi di pelbagai tempat di seluruh dunia – manusia itu membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian.

Persoalannya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi raksasa seperti serigala jadian yang menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan? Kepercayaan mengenai fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru malahan ia sudahpun berlarutan selama ratusan tahun, bahkan sudahpun wujud dalam pelbagai budaya bangsa di dunia ini.

Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang berkemampuan bertukar menjadi serigala. Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki.

Gambar Sebagai Hiasan

Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya mereka tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas jika cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.

Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan bahawa wujudnya puak Neuri pada zaman dahulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun. Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama iaitu manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian dengan menggunakan ilmu sihir atau saka.

Teka-teki yang membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian terbabit menyebabkan para penyelidik mulai melakukan kajian bagi membongkar misteri tersebut. Akhirnya selepas beberapa lama kajian dibuat, mereka mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya wujud!

Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam. Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan memakan daging manusia lain. Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ‘lycanthropy’ dan para penyelidik mempercayai kes yang membabitkan serigala jadian seperti dialami Jean Grenier dan Gilles Garnier sebenarnya berpunca daripada penyakit lycanthropy berkenaan.

Pengarang buku ‘Penyakit Mental Luar Biasa’, Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata: “Seseorang yang mengalaminya mempercayai bahawa mereka sesungguhnya telah menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.”

Penyakit Hypertrichosis

Selain sindrom lycanthropy, para penyelidik juga mempercayai bahawa segala cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik yang dikenali sebagai nama Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu akan  kelihatan seakan-akan serigala.

Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dahulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga terlahirlah momokan kewujudan serigala jadian daripada kalangan manusia yang terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini.

 

Piramid gergasi ini dilaporkan bakal dibina di Mexico City dengan mempunyai kedalaman 300m bawah tanah. Bangunan pencakar bumi yang dikenali sebagai ‘Earthcraper‘ yang luar biasa ini mempunyai 65 tingkat, telah direka untuk mendapatkan sekitar had ketinggian bangunan baru di ibu negara.

 

Ia mempunyai sepuluh tingkat untuk setiap rumah, kedai-kedai dan muzium, serta 35 tingkat untuk pejabat. Lantai kaca 240m x lubang 240m meliputi besar-besaran di dataran utama di bandar ini untuk menapis cahaya semulajadi dari dunia di atas.

 

Reka bentuk telah dinobatkan dengan bendera Mexico. Esteban Suarez, dari firma seni bina BNKR Arquitectura, berkata bangunan itu juga akan menempatkan pusat budaya yang baru.

 

Bahaya Berdengkur Semasa Tidur

Posted: Juli 31, 2012 in Info

Bahaya berdengkur ?Berdengkur sering dianggap tabiat melucukan dan terlalu lazim dalam kalangan masyarakat kita kini, namun tahukah anda berdengkur sebenarnya gambaran awal seseorang itu bukan saja berhadapan masalah dengan pasangan dan kualiti kehidupan tetapi juga masalah kesihatan yang serius.

Tabiat berdengkur berlaku apabila seseorang mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas sewaktu tidur. Ia disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong, menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yang menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut ‘steator’.

Masalah ini biasanya dikesan menerusi diagnosis pakar perubatan dari segi sejarah pesakit atau pasangan tidur yang kerap mempunyai masalah untuk lelap akibat terganggu.

Pesakit berdengkur juga boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Paling membahayakan sekiranya pesakit senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik.

Menurut Pakar Bedah Otorinolaringologi Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau, Dr Mazita Ami, punca berdengkur disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat sewaktu tidur terutama sewaktu tidur nyenyak dan ia boleh dipengaruhi pengambilan alkohol atau ubat-ubatan sebelum tidur.

“Saluran pernafasan tersumbat boleh berlaku pada bahagian hidung atau kerongkong atau kedua-duanya sekali. Oleh itu kehadiran tisu tonsil atau adenoid yang besar, polip hidung, tulang hidung yang bengkok dan pesakit yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher pendek dan besar akan meningkatkan risiko masalah berdengkur,” katanya.
Masalah berdengkur boleh dikaitkan dengan masalah tidur serius dikenali ‘sleep apnea’. Ia berlaku apabila pesakit berhenti bernafas lebih daripada 10 saat sewaktu tidur (apnea). Apnea pula boleh berlaku berulang kali sewaktu tidur dan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen dalam darah pesakit.

Jelasnya, ‘sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya. Kerana itulah juga masalah berdengkur lazimnya dialami pesakit lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun terutama yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Adalah penting bagi pesakit mendapat nasihat pakar untuk mengetahui sekiranya mereka mempunyai masalah ‘sleep apnea’. Masalah ini mempunyai beberapa tahap serius mengikut hasil kajian tidur yang dijalankan ke atas pesakit di makmal tidur di hospital atau di rumah pesakit sendiri.

Menerusi kajian ini, pakar akan dapat mengesan kekerapan ‘apnea’ semasa tidur kerana semakin kerap berlaku ‘apnea’, semakin serius tahap penyakit itu dan kesannya kepada kesihatan pesakit.

Rawatan untuk masalah berdengkur bergantung kepada punca yang dikenal pasti. Pembedahan boleh dilakukan untuk merawat masalah saluran pernafasan sempit seperti tisu tonsil yang besar, polip hidung dan sebagainya. Sekiranya berkaitan dengan ‘sleep apnea’, rawatan ‘continuous airway pressure’ adalah antara yang berkesan.

Pesakit yang obes juga dinasihat untuk mengurangkan berat badan.

Tegasnya, berdengkur bukan masalah lazim yang patut diterima bila umur meningkat. Ia boleh membawa masalah ‘sleep apnea’ yang serius dan memudaratkan kesihatan pesakit. Mereka yang mengalami masalah tidur bersama gejala mengantuk waktu siang, sakit kepala, keletihan dan masalah emosi perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan.

Langkah pencegahan dengkur.

1. Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan.
2. Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur.
3. Memilih posisi tidur secara mengiring.
4. Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari.
5. Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit.

 

Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

 

Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

 

Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

 

Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

 

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

 

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.

 

 

Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalamjangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).

 

Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

 

 

Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

 

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

 

Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandungi radioaktif

 

Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

 

Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria

 

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.

 

Carkera padat purba yang ditemui di China

 

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.

 

 

Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.

 

Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:

Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.

Qs.Al-An’am: 6

 

Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

 

 

Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.

——————————————————————————————————————–

 

p/s : Segala fakta dan gambar di atas (kesan radioaktif di Mohenjo-Daro, bateri Baghdad,  cakera padat Dropa, loji nuklear di Oklo), hanyalah fakta sokongan kepada ‘kemajuan teknologi umat zaman terdahulu‘ dan tidak merujuk kepada zaman Nabi Nuh as.

Segala kemusnahan kehebatan teknologi yang kita umat manusia banggakan juga telah berjaya difaktakan dengan kejadian beberapa kali tragedi tsunami seperti acheh dan jepun,, lihatlah bagaimana tsunami melenyapkan teknologi buatan manusia dengan sedikit sahaja sisa yang ditinggalkan. Maka bayangkan bahana Banjir Besar zaman Nabi Noh itu yang menenggelamkan dunia, sudah pasti hampir kesemua teknologi itu musnah hampir tranpa bersisa
 
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami TEGUHKAN KEDUDUKAN MEREKA di muka bumi, iaitu KETEGUHAN YANG BELUM PERNAH KAMI BERIKAN KEPADAMU, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. Qs.Al-An’am: 6

Ular Berkepala 7

Posted: Juli 31, 2012 in Info


Gambar ular berkepala tujuh beredar di dalam Facebook baru-baru ini. Gambar ini dikatakan diambil sebelum Hari Raya Korban hari tu. Diambil oleh seorang pelombong di Maran. Dikatakan juga saksi sempat mengambil gambar sebelum bertempiaran lari. Gaya-gayanya penampakan yang aneh seperti ini biasanya gangguan makhluk halus/jin/iblis. Tengok lokasi gambar ini diambil, alur air. Tempat lembab dan berair sentiasa menjadi tumpuan ‘makhluk lain’ melepak.

Aneh  juga ni. Ular selalunya berkepala satu, kadang-kadang berkepala dua, jarang-jarang berkepala tiga. Tapi ular dalam gambar ni berkepala tujuh. Nak kata photoshop, macam low quality sangat gambar ni. Dari bentuk ular tersebut, aku yakin ular tersebut dari keluarga tedung. Eh ke ular selar.

9 Fakta Tentang Planet Mars

Posted: Juli 31, 2012 in Info

1. Planet Marikh memiliki gunung yang terbesar dan tertinggi di seluruh Sistem Suria

 

Gunung tersebut dinamakan ”Olympus Mons” dan berupa gunung berapi yang tidak aktif. Ketinggiannya mencapai 15.5 batu dengan diameter 372 batu lebar. Sebagai perbandingan, ketinggian Gunung Everest sekitar 5 batu. Planet Mars juga mempunyai jurang terbesar dalam sistem suria kita yang diberi nama sebagai “Valles Marineris” dengan panjangnya sejauh 2500 batu pada kedalaman 4 batu.

 

Olympus Mons dilihat dari atas

 

2. Ramai orang selalu berfikir tentang adanya kehidupan di Planet Marikh kerana kewujudan kanal yang terlihat pertama kalinya oleh ahli astronomi

 

Inilah sebabnya kenapa ramai orang selalu berfikir tentang serangan makhluk luar angkasa yang dikatakan berasal dari sini, dan bukan dari Planet Jupiter atau Venus. Sebenarnya, Planet Marikh merupakan salah satu planet yang sukar untuk dihuni kerana suhunya yang membeku, cahaya matahari dan hampir tidak ada atmosfera untuk kehidupan hidup. Rangkaian garisan yang dilihat oleh ahli astronomi pada awal-awal pemerhatian mereka berbentuk garis lurus yang diyakini oleh para ahli saintis bahawa kemungkinan terdapat air di sana.

 

Kanal di Planet Mars

Kanal di Planet Mars

 

3. Planet Marikh dinamakan berdasarkan nama Dewa Perang Rom kerana warnanya yang merah telah mengingatkan pemerhati akan warna merah darah

 

Planet Mars berwarna merah disebabkan oleh tanahnya yang terdiri daripada oksida besi yang biasa kita sebutkan di Bumi sebagai karat

 

Planet Mars dilihat dari teleskop Hubble

 

4. Dibandingkan dengan planet lain dalam sistem suria kita, Planet Marikh adalah sebuah planet yang kecil.

 

Ukurannya sekitar setengah daripada ukuran Planet Bumi. Planet Marikh memiliki satu pertiga daripada  graviti bumi, yang bermaksud anda boleh loncat tiga kali lebih tinggi daripada lompatan anda di bumi.

 

Perbandingan Planet Mars dengan Planet Bumi

Perbandingan Planet Mars dengan Planet Bumi dengan keterangannya

 

5. Pada tahun 1970-an, Kapal Viking mengambil gambar sesuatu yang dilihat sebagai muka raksasa dan bentuk piramid dipermukaan Planet Marikh pada bahagian Daerah Cydonia

 

Gambarnya kelihatan seperti Sphinx di Mesir dan memiliki ketinggian sekitar 2000 kaki. Penemuan ini membuatkan para pemerhati UFO tertarik, tetapi para penyelidik menyatakan bahawa itu hanya sekadar hakisan tanah. Ramai orang masih lagi berfikir seandainya bentuknya terlalu simetris, maka ia menganggap itu merupakan bukti kewujudan makhluk asing atau peradaban manusia yang tertinggal disana. Ada kemungkinan namun masih belum pasti.

 

Gambar ‘bentuk muka’ di atas dengan resolusi yang lebih besar

 

6. Planet Marikh memiliki cuaca yang extreme

 

Di sana terdapat badai angin yang ganas, badai debu dan ribut taufan kecil. Pada tahun 2001, badai debu yang sangat besar menutupi seluruh permukaan planet selama beberapa hari. Peneliti agak kebingungan mengapa planet dengan sedikit kadar atmosfernya dapat memiliki badai sebesar itu. Mereka tidak tahu apakah yang menyebabkan terjadinya badai di sana, tetapi di sana akan terjadi lebih banyak badai ketika Planet Marikh mendekati matahari. Dan pada bahagian yang lebih jauh dari orbitnya, terdapat awan ais yang terhasil daripada karbon dioksida dan debu. Ini juga merupakan suatu keanehan memandangkan Planet Marikh tidak terdapat permukaan yang berair.

 

Cuaca Planet Marikh tahun 2001 yang ekstrim

 

7. Telah dilakukan ekspidisi² bagi mencari bukti adanya kehidupan dan air di Planet Marikh

 

Setelah bertahun-tahun meneliti setiap retakan di permukaan planet marikh sebagai mencari bukti daripada kewujudan air, para penyelidik akhirnya menemuinya. Misi Phoenix mendapati bahawa terdapat endapan ais didalam jumlah yang besar di bawah permukaan planet marikh yang memungkinkan pernah ada kehidupan di atas planet berkenaan.

 

Gambar mikroskopis batuan yang menunjukkan ada air di Planet Marikh

 

8. Planet Marikh memiliki dua buah bulan yang mengorbitnya

 

Salah satu bulannya ialah Phobos, memiliki orbit yang dekat dan membahayakan Planet Marikh itu sendiri. Suatu hari nanti mungkin daya gravitinya akan menarik Bulan Phobos dan menghentam Planet Marikh. Serpihannya akan tetap berada di orbit Planet Marikh dan menghasilkan cincin seperti di Planet Saturnus. Dan akhirnya, serpihan tersebut akan jatuh ke permukaan Planet Marikh. Para peneliti tidak tahu hal tersebut akan terjadi bila, tetapi mereka memprediksikan akan terjadi sekitar 50 tahun lagi.

 

Bulan Phobos (kiri) dan Bulan Deimos (kanan)

 

9. Hanya 1/3 daripada seluruh misi ke Planet Marikh yang berjaya

 

Banyak misi ke Planet Marikh yang hilang begitu saja yang membuatkan para penyelidik berasa hairan dan berfikir mungkin ada sesuatu yang aneh berlaku di sana. Mereka juga berpendapat bahawa Planet Marikh boleh dikatakan sebagai ”Segitiga Bermuda” dalam Sistem Suria kita.

Cahaya Bulan

Posted: Juli 30, 2012 in Cerpen

Madame Julie Roubere tengah menanti kedatangan kakak perempuannya, Madame Henriette Letore, yang baru saja kembali dari perjalanan ke Negeri Swiss.

Seluruh keluarga Lotere melancong semenjak lima minggu lalu. Madame Henriette mengizinkan suaminya pulang sendirian ke kampung halamannya di Calvados, karena ada beberapa urusan bisnis yang harus diselesaikan, dan menghabiskan beberapa malam di Paris bersama kakaknya. Malam berlalu. Dalam keheningan yang senyap, Madame Roubere asyik membaca dengan pikiran kosong, sesekali menaikkan alis matanya setiap kali mendengar suara.

Akhirnya, pintu rumahnya diketuk, dan kakaknya muncul dalam balutan jaket tebal. Dan tanpa salam formal, mereka berpelukan penuh kasih dalam waktu yang cukup lama, melepaskan pelukan sebentar lalu saling memeluk lagi. Kemudian, mereka saling menanyakan kabar, keluarga dan ribuan hal lain, menggosip dan saling menyela, sementara Madame Henriette sibuk melepas jaket dan topinya.

Malam cukup gelap. Madame Roubere menyalakan lampu kecil, dan tak lama kemudian, dia acungkan lampu itu ke atas untuk menatap wajah kakaknya, lalu memeluknya sekali lagi. Namun, betapa terkejutnya dia saat menatap wajah kakak tercintanya itu. Dia mundur dan tampak ketakutan.

Di kepala Madame Letore tampak dua gepok besar rambut putih. Sisanya, rambut itu tampak hitam pekat berkilauan dan di setiap sisi kepalanya terdapat dua sisiran keperakan yang menyusur ke tengah gumpalan rambut hitam yang mengitarinya. Dia baru berumur 24 tahun, dan tentu saja perubahan ini benar-benar mengejutkan dia semenjak kepergiannya ke Swiss.

Tanpa bergerak sedikit pun, Madame Roubere menatap penuh keheranan, titik-titik air mata menetes ke kedua pipinya. Pikirannya berkecamuk, bencana apa yang telah terjadi pada kakaknya.

Dia bertanya, “Apa yang terjadi padamu, Henriette?”
Dengan menyunggingkan senyuman di wajahnya yang sedih, senyum seseorang yang patah hati, Henriette menjawab, “Tidak ada apa-apa. Sumpah. Apakah kamu sedang memperhatikan rambut putihku ini?”

Tetapi Madame Roubere keburu merampas pundaknya, menatapnya tajam, dan mengulangi pertanyaannya lagi.
“Apa yang terjadi padamu? Ayo katakan, apa yang telah terjadi. Dan jika kamu berbohong, aku pasti akan mengetahuinya.”

Mereka masih saling pandang, dan Madame Henriette, yang terlihat seolah-olah hendak pingsan, meneteskan air mata dari kedua sudut matanya.
Adiknya bertanya lagi, “Apa yang terjadi padamu? Apa yang terjadi? Ayo jawab aku!”

Dengan suara patah-patah sambil tersedu, Henriette menjawab, “Aku … aku punya seorang kekasih.”
Ketika sedikit lebih tenang, ketika degup jantungnya yang keras mulai mereda, dia memasrahkan kepalanya ke dada adiknya seolah-olah hendak melepaskan semua beban hatinya, untuk menguras seluruh derita yang telah menyesakkan dadanya.

Dengan tangan saling bergenggaman, dua kakak beradik ini berjalan menuju sofa di sudut ruangan yang gelap. Mereka tenggelam dalam keharuan, sang adik memeluk kakaknya erat-erat untuk mendekatkan diri, lalu mendengarkan.

“Oh! Aku tahu kalimatku ini tidak masuk akal; aku bahkan tidak dapat memahami diriku sendiri, dan semenjak itu aku merasa telah menjadi orang gila. Berhati-hatilah, adikku, berhati-hatilah dengan dirimu sendiri! Jika saja kamu tahu betapa lemahnya kita, betapa cepatnya kita menyerah dan jatuh. Cukup satu momen kelembutan saja, satu masa melankolis yang menerpamu di antara ribuan kerinduan untuk membuka tanganmu, untuk mencintai, menyukai sesuatu, maka kamu pun akan dengan mudah jatuh.

Kamu mengenal suamiku, dan kamu tahu betapa aku mencintainya; tetapi dia pria yang matang dan rasional, dan tak mampu memahami getaran lembut hati seorang wanita. Dia selalu sama, selalu baik, selalu tersenyum, selalu ramah, selalu sempurna. Oh! Betapa kadang-kadang aku berharap agar dia memelukku dalam kedua tangannya lalu memberiku ciuman lembut yang manis dan pelan-pelan. Betapa aku berharap agar dia menjadi pria yang bodoh, bahkan lemah, sehingga dia merasa membutuhkanku, membutuhkan belaianku dan air mataku.

Semua ini kelihatannya culun; tetapi kita, para wanita, memang ditakdirkan seperti itu. Apa daya kita? Tapi, tidak pernah terpikir olehku untuk meninggalkan suamiku. Sekarang terjadi, tanpa cinta, tanpa alasan, tanpa apa pun, hanya karena bulan telah menyinariku suatu malam di pinggir Danau Lucerne itu.

Selama satu bulan itu, ketika kami melakukan perjalanan bersama, suamiku, dengan sikapnya yang masih acuh tak acuh, telah melumpuhkan semangatku, memadamkan rasa puitisku. Ketika kami menuruni jalan-jalan di pegunungan saat matahari terbit, ketika dua ekor kuda saling bersenda-gurau, dalam keremangan kabut, kami memandang lembah, hutan, sungai dan pedesaan, aku bertepuk tangan keras-keras dan berkata kepadanya: ’Betapa indahnya, wahai suamiku! Beri aku ciuman! Cium aku!’ Dia hanya menjawab, dengan senyum dinginnya: ’Tidak ada alasan bagi kita untuk saling berciuman hanya karena kamu menyukai pemandangan ini.’

Dan kalimatnya itu telah membekukan hatiku. Menurutku, ketika dua orang saling mencintai, mereka harusnya semakin tersentuh oleh pemandangan-pemandangan yang indah. Aku membeku bersama puisi hatiku. Aku seperti tungku yang tersiram atau botol yang tersegel rapat.

Suatu malam (kami menginap empat malam di sebuah hotel di Fluelen), karena sakit kepala, Robert langsung tidur setelah makan malam, dan aku berjalan sendirian menyusuri jalan di pinggir danau itu.

Malam itu berlalu seperti dongeng-dongeng sebelum tidur. Bulan purnama mendadak muncul di atas langit; pegunungan tinggi, dengan semburat putih salju, seperti mengenakan mahkota warna perak; air danau gemericik dengan riak-riak kecil yang berkilauan. Udara begitu lembut, dengan kehangatan yang merasukiku sampai seperti mau pingsan. Aku begitu kepayang tanpa sebab apa pun. Tetapi, betapa peka, betapa bergolaknya hati saat itu! Jantungku berdegup keras dan emosiku semakin kuat.

Aku duduk di atas rumput, menatap danau yang luas, melankolis dan menakjubkan itu, seolah-olah ada perasaan aneh merasukiku; aku terangkum dalam rasa haus akan cinta yang tak terlegakan, sebuah pemberontakan terhadap kebodohanku sepanjang hidupku. Apa! Tidakkah menjadi takdir bagiku untuk dapat berjalan dengan seorang pria yang kucintai, dengan tangan saling berpelukan dan mulut saling berciuman, di pinggir danau seperti ini? Tidak bolehkah bibirku mengecap dalamnya ciuman yang lezat dan memabukkan di malam yang telah diciptakan Tuhan untuk dinikmati? Apakah ini nasibku untuk tidak meresapi indahnya cinta dalam bayang-bayang cahaya bulan di malam musim panas ini?

Lalu tangisku meledak seperti wanita gila. Kudengar sesuatu bergerak di belakangku. Dan seorang pria berdiri di sana, menatapku tajam. Ketika kupalingkan kepalaku, dia mengenaliku dan berkata, ’Kamu menangis, nyonya?’

Dialah pemuda yang tengah melancong bersama ibunya, dan kami sering bertemu. Matanya seringkali menguntitku. Aku begitu bingung dan tidak tahu harus menjawab apa. Kujawab saja bahwa aku sedang sakit.

Dia berjalan di dekatku dengan cara yang santun dan lembut, lalu mulai berbicara kepadaku tentang perjalanan kami. Segala yang kurasakan telah dia terjemahkan ke dalam kata-kata. Segala hal yang membuatku bergairah dapat dia pahami dengan sempurna, lebih baik dari diriku sendiri. Dan tiba-tiba dia mengutip larik-larik puisi Alfred de Musset. Tenggorokanku tersekat, aku terpesona dengan emosi yang meluap-luap. Terlihat di sekelilingku, pegunungan, danau dan cahaya bulan tengah bernyanyi untukku.

Lalu terjadilah. Entahlah. Aku tak tahu kenapa, semacam sebuah halusinasi.
Aku tidak bertemu lagi dengannya, sampai suatu pagi dia harus melanjutkan perjalanannya lagi. Dia memberiku sebuah kartu!”

Lalu, sambil jatuh ke dalam pelukan adik perempuannya itu, Madame Lotere menangis sesenggukan, nyaris seperti anak kecil. Madame Roubere, dengan wajah serius, berkata dengan lembut, “Dengarlah, kakakku, seringkali bukanlah seorang pria yang sesungguhnya kita cintai, tetapi cinta itu sendiri. Dan cahaya bulanlah yang menjadi kekasih sejatimu malam itu.” ***

Catatan: Judul asli Moonlight karya Guy de Maupassant. Cerpen ini diterjemahkan oleh Ribut Wahyudi, penulis dan pengelola penerbitan di Jogja. Guy de Maupassant adalah cerpenis kelahiran Chateau de Miromesniel, Dieppe pada 5 Agustus 1850. Selama hidupnya, dia telah menulis lebih dari 300 cerita pendek, enam novel, tiga buku perjalanan, dan sebuah kumpulan puisi. Maupassant sudah menderita sifilis semenjak usia 20 tahun. Pada 2 Januari 1892, dia berusaha bunuh diri dengan menusuk tenggorokannya sendiri. Dia meninggal pada 6 Juli 1893.